Followers

Tuesday, December 12, 2017

Muzium Tentera Udara Di Raja Malaysia

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Cuti sekolah telahpun 2 minggu berlalu. Bila saja memasuki cuti sekolah ibubapa semua mengambil kesempatan membawa anak2 makan angin atau jalan-jalan ke destinasi yang menarik. Bagi yang mempunyai bajet yang lebih bolehlah bawa anak2 keluar negara atau ke tempat2 yang lebih jauh dari tempat mereka bermastautin. Bagi MaDiHaA pula yang kurang berkemampuan ni setiap tahun hanya mampu bawa anak2 jalan2 ditempat2 yang berdekatan sahaja.  Teringat di hujung tahun 2015 waktu tu memang kami agak kekurangan bajet memandangkan Alin bakal memasuki tahun 1  jadi semuanya harus berjimat cermat. Namun kami bersyukur anak-anak tidak pernah komplen. Kemana saja kami bawa mereka tetap gembira. Asalkan berjalan katanya.

Untuk destinasi jalan2 yang tak perlu mengeluarkan banyak kos, tempat2 percuma lah destinasi kami. Sebenarnya tempat ini dah lama anak2 nak pegi sejak dia nampak signboard waktu kami pergi ke kenduri kahwin anak kawan blogger yang dibuat di dewan berhampiran dengan muzium ini. Waktu itu suami tak ikut sama, jadi MaDiHaA terpaksa berjanji bawa mereka di lain waktu memandangkan ayahnya tiada waktu itu. Bila tiba hujung tahun maka mereka menagih janji tersebut... mujurlah tak janji pegi ke Korea ke.. ke Vietnam ke.. kalau tidak habislah MaDiHaA kena bergolok bergadai nak bawa mereka ke sana... hehehehe.....

Maaflah ye masih lagi dengan entry2 yang basi. Nak delete gambar2 ni semua terasa sayang pula. Nak update laju2.... tuan blog agak sibuk... hanya bila berkesempatan saja mampu update story mory di blog...

Untuk pengetahuan semua... Muzium Tentera Udara Di Raja Malaysia ini telah ditutup untuk sementara sejak 2016 kerana dalam perancangan pindah ke lokasi baru kerana kawasan muzium ini terlibat dengan projek Bandar Malaysia. Jadi Muzium ini tidak lagi boleh dilawati. Bila lokasi baru siap nanti akan dibuka semula kepada pengunjung.

Sementara itu layan jelah gambar2 kenangan kami ni ye.... 

27/12/2015
Tengah2 panas lit-lit masih mampu tersenyum... hehe...




Pemandangannya sangat cantik bila ada lanskap di bawah...


Bergambar dulu di tengah2 panas2 sementara masih banyak tenaga.. hehe...


Ibu tak mampu nak bawa anak2 naik kapal terobang.... jadilah dapat merasa naik pesawat karibou ni... hehehe...


Dah penat jalan2 di tengah panas... kita masuk dalam bangunan ni.... barulah redup sikit.. tak lama lepas tu ada pula penjual aiskrim datang... masing2 yang ada kat situ semua serbu motor aiskrim tu. Mana tidaknya... semuanya dahaga... hehee... Sebenarnya ada juga pelawat lain yang datang masa kami melawat tu.. tapi kawasan ni luas sangat & MaDiHaA takdelah ambil gambar mereka...

Cukuplah itu saja update untuk kali ini. Jika berkesempatan akan dikemas kini di lain waktu.

Jumpa lagi.

Thursday, June 1, 2017

Family Gathering Pula..

Assalamualaikum & salam sejahtera....



Masih hari yang sama, malam tu pula MaDiHaA gathering dengan family di Klang sebab kebetulan waktu tu ma & adik2 datang berkunjung ke Klang rumah adik. Jadi malam tu kami makan2 bersama disponsor oleh tauke besar... siapa lagi.. ma kita ler... hehehh... Terima kasih ma belanja kami semua. Moga ma terus dimurahkan rezeki hendaknya...


Kami bersama Haziq & anak2 saudara....



Satu meja panjang untuk kami semua... Ehh! baru perasan, mana Alin?



Masih menjadi tanda tanya dimana Alin waktu ni.. hehehehhh... MaDiHaA pun dah lupa sebenarnya. Maklumlah kisah dah lama berlalu... mungkin waktu ni Alin ke toilet dengan adik ipar MaDiHaA kot sebab dalam gambar dua2 pun takde...



Kakak Dini & dua sepupunya. Kakak khusyuk makan dah tak pandang kiri kanan... hehehh...

Ok jumpa lagi dilain siaran. Selamat berpuasa semua..