Followers

Tuesday, August 25, 2015

Annual Lunch At Italiannies Pasta Pizza Restaurants

Assalamualaikum....


Kali ni update gambar2 annual lunch dengan kengkawan ofis MaDiHaA.  Jarang2 ikut dorang ni lunch sama sebab tak sehaluan.. hehe.. Eh! bukan tak ngam... cuma biasalah bila office mate berlainan kaum ni... selera pun tak samalah kan.  So MaDiHaA biasanya lunch dengan geng2 melayu yang ada 2, 3 kerat kat ofis tu.  Tapi ada sorang staff India tu boleh geng dengan kami sebab selera dia lebih kurang selera orang Melayu.  So boleh genglah kan.  

Bila tiba hujung tahun camni.. biasanya bos akan belanja lunch untuk new year eve tu.. lepas tu semua staff dibenarkan pulang terus lepas lunch.  Tahun tu boss belanja makan kat restoren Italannies Pasta Pizza dekat Subang Empire.  Mula2 tu cuak juga nak makan kat situ sebab takut tak halal.  Bila pegi sana... nampak ramai je orang Melayu yang menjamu selera kat situ. Lelaki, perempuan, bertudung & tak bertudung... staff yang kerja situ pun ramai melayu.  Lebih kurang macam kat restoren TGI Friday, Chilis, Manhattan Fish Market dan restoren2 Jepun la jugak yang kebanyakannya takde tanda halal..... ramai je orang Melayu yang makan situ.  Subway yang bukan tanda halal Jakim pun ramai je nampak orang Melayu makan. Tawakkal jelah.. mana2 yang boleh makan kita makan.  Sebelum order tu big boss kerap tanya waitress tu samada hidangan yang kitorang nak order tu ada campur apa2 bahan tak halal & dorang akan cakaplah mana yang ada mana yang takde.  So dorang order yang takde letak alcohol la supaya staff2 melayu boleh makan... Pada menu kat situ pun ada diletakkan tanda setiap menu samada menu tu ada dicampur alcohol atau tak, vegetarian atau tak. Jadi senanglah nak pilih. Rasanya jarang ada restoren yang nyatakan mana2 menu yang ada letak alcohol atau tak. Dah la takde tanda halal.. pastu takde pulak penerangan menu2 yang dorang serve. Kiranya kat sini ok la jugak. Ada satu dessert tuh (tiramisu kalau tak salah) waitress tu cakap ada letak alcohol.. so kitorang geng melayu tak jamah ler... tak kisahla sebab ada beberapa dessert lain yang kami boleh cuba.. hmm gitulah kisahnya..... 


31/12/2013



Kitorang sepakat order 2 set setiap menu & makan ramai2... jadi bolehlah order banyak jenis  set & sama2 dapat merasa...  nampak je macam sikit menu yang kami order... tapi kenyang sangat2..



Dah tak ingat nak sebut satu2 menu yang kami order tu... almaklumlah dah lama bebenor... kalau berminat boleh check menu2 & harganya kat website SINI ye..

Sampai je ke menu dessert.. MaDiHaA tak dapat nak tunggu lama.. so rasa sikit2 je pastu terus MaDiHaA minta diri dulu dengan big bos & kawan2 yang lain sebabnya.. petang tu kami terpaksa bergegas balik ke Raub pula sekali hantar kakak masuk asrama.  Tunggukan lepas ni episod kat kampong pula ye... hihi...



No comments:

Post a Comment