Followers

Thursday, August 20, 2015

Makan-Makan Seafood di Restoren H.M. Sri Bagan, Bagan Lalang

Assalamualaikum....

Sambungan lagi kisah semalam.. (ada 4 episod semuanya certa Bagan Lalang ni.. maknanya ada satu episod lagi ye.. hihi) maka dalam pukul 10.45 pm camtu kitorang pun keluar hotel & menuju ke restoren.  Seperti yang owner Restoren H.M. Sri Bagan pesan suruh datang lewat sikit... ingatkan dah surut la orang tapi rupanya masih ramai juga lagi.  Tapi syukurlah ada satu meja kosong untuk kitorang.  Oleh kerana tak dapat buat tempahan meja, maka kira nasib2 jelah dapat meja kat belah mana.  Niat di hati nak meja dekat dengan laut... boleh dengar deruan ombak.. tp apakan daya.. semua masih berpenghuni... akhirnya dapat meja tengah2... huhu... 




Dah dapat meja, kitorang pun pilih2la lauk apa yang nak dimasak. Gambar kat atas tu yang sempat MaDiHaA snap2 masa datang petang sebelumnya yang kononnya nak buat reservation, tup2 dah full booked! Bila kami sampai malam tu, dah tak banyak pilihan sangat dah, pepahat pun dah abis.  Ketam pun tinggal yang kecik2.  Tapi alhamdulillah... kira bolehlah. Bukan nak makan berkilo2 pun kan... makan 5 beranak je. Maka kami pun ambiklah ikan sekor (lupa dah ikan apa) masak 3 rasa, udang masak butter, sotong goreng tepong, sotong + udang tomyam (takde gambar pulak), lala sweet sour, telur dadar & cendawan sos tiram.  Makannya 4 beranak je sebab si bambam Alin dah ketiduran dah masa makanan sampai.  Kesian dia.. penat agaknya... yelah.. petangnya dok main layang2, pastu mandi laut, balik hotel lepas Isyak.. gi mandi kolam plak kejap.. mau tak lepak.. hihi... Gambar tepi pantai tu yang sempat MaDiHaA snap... suasana tempat orang memancing tak jauh dari restoren tu.. cantik sangat pemandangan tu kan...?


Gambar tak banyak sangat.. nak selfie tengah2 orang ramai tu mak pemalu... jadi ambik gambar makanan dengan anak2 jelah. Gambar Alin pun takde sebab dia tidor sebelah ibunya...



Siap makan2.. anak2 dah jeling2 kat gerai jual mainan kat sebelah restoren tu... apalagi kena pow lagi lah... Adik Alin yang tengah tidor pun segar balik bila abangnya kecoh ajak pegi tengok mainan... hehe...

Oklah... lepas ni sambung 1 lagi episod cerita Bagan Lalang yang terakhir..  

Tungguu......

No comments:

Post a Comment