Followers

Tuesday, October 20, 2015

Lunch@ Pak li Kopitiam, Summit USJ & Misi Mencari Mesin CPAP

Assalamualaikum....

 
8/4/2014
Tarikh 8/4/14 jatuh pada hari Selasa...  sengaja ambil cuti setengah hari sebab nak temankan en. suami mencari syarikat/pejabat yang ada menjual mesin CPAP.  Nanti kita cerita pasal mesin tu ye.  Lepas jemput Alin kat tadika dia... terus balik rumah & ambik en. suami pulak.  Banyak tempat juga yang sempat kami singgah pejabat yang supply mesin tu... tapi ada yang spesifikasinya kurang bagus.  Senarai supplier mesin tu kami dapat dari pihak hospital PPUM sebab en. suami buat rawatan masalah kesihatannya kat sana.  Akhir sekali kami pegi ke Summit sebab kat situ pun ada satu pembekal mesin tu yang belum kami pegi. Sebab pegi pada hari kerja sebab semua pejabat tutup pada hari cuti.. sebab tu kena ambik cuti.  Dah sampai Summit perut dah mula berkeroncong.... jadi kita jamu selera dululah.  Banyak tempat makan kat Summit ni tak perlu risau kalau lapar.  Tapi kami memilih makan kat Pak Li Kopitiam ni sebab nampak restorennya selesa, ramai pengunjung melayu yang makan kat situ siap ada wifi percuma lagi. Menu2 pun nampak menarik.  Untuk pengetahuan.. cawangan Pak Li Kopitiam di Summit ni dah di tutup ye... tapi mereka ada banyak lagi cawangan di tempat lain. Boleh google je cari kat mana cawangan yang ada. Kebanyakannya semua cawangan dibuka dengan bangunan sendiri macam Old Town White Coffee jugaklah... yang kat Summit ni kira dalam mall.  Mungkin sebab tu lah mereka tutup kot.
 
Ni je yang sempat snap gambar... makan 3 beranak je.. anak2 yang lain semua sekolah. Abang Haziq kalau tau kami makan kat sini mesti jeles ni sebab adiknya dapat ikut.  Kakak Dini memang tak dapat ikutla... dah ada kat asrama.. hihi... Menu kami... en. suami order Black Pepper Chicken Chop with Rice, MaDiHaA order Hainanese Chicken Chop with Rice & anak dara montel pulak order Nasi Lemak Pak Li Special. Air pulak.. MaDiHaA order jus Kedondong Asam Boi (sekarang air ni macam dah takde je... tak pasti). Air Alin dengan en. suami lupa dah air apa.. hihi...

Dah kenyang perut.. kami pun pegilah naik opis dorang tu. Lupa dah apa nampak syarikat tu almaklumlah dah lama. Tapi kalau ada yang nak tau lebih lanjut lagi pasal mesin CPAP ni bolehlah tinggalkan komen ye. Nanti MaDiHaA selongkar balik semua dokumen dalam laci.. hehe... Memang recommended syarikat ni sebab dia akan uruskan semua hal berkaitan memohon zakat sekiranya kita tak mampu nak beli.  Macam kitorang pun memanglah tak mampu nak adalah duit dalam jumlah yang banyak dalam masa 2 bulan (dari tarikh suami nak operation).



Inilah dia mesin CPAP tu.... CPAP adalah singkatan daripada perkataan "Continuous positive airway pressure". Mesin ni digunakan oleh pesakit OSA iaitu singkatan kepada Obstructive Sleep Apnea yang berpunca dari pembengkakan kedua2 tonsil yang menyebabkan kualiti tidor yang sentiasa terganggu, dengkuran yang kuat.  Pesakit OSA ni akan mengalami keletihan & kurang oksigen dalam badan, cepat mengantuk & amat berbahaya sekiranya mereka memandu kereta.  Suami MaDiHaA disarankan membeli mesin ini sebelum pembedahan membuang tonsil dapat dibuat. Memang wajib beli sebab risiko pembedahan tonsil bagi pesakit OSA adalah sangat bahaya. Dikhuatiri selepas operation, pesakit mengalami masalah pernafasan & mesin ni diperlukan nanti. Lagi satu syarat wajib sebelum operation.. mesti ada satu katil kosong kat ICU standby untuk suami in case ada apa2 berlaku even takde apa2 berlaku pun pesakit akan dibawa ke ICU sebelum dihantar ke wad biasa selepas operation tersebut.  

Syukur alhamdulillah dipertemukan dgn syarikat & salesman yang sangat berdedikasi.  Bila kami katakan kami macam tak mampu nak bayar RM7,800.00... mereka terus nyatakan mereka boleh uruskan hal bantuan dari Zakat Selangor sekiranya layak. Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar & permohonan kami diluluskan. Sujud syukur pada yang maha Esa yang mempermudahkan urusan kami pada ketika itu.  Jika tidak... mungkin pembedahan terpaksa ditunda lagi.

Sekian dulu kisah untuk hari ni ye...

No comments:

Post a Comment