Followers

Friday, November 27, 2015

Belayar Dengan Cruise Tasik Putrajaya

Assalamualaikum....


22/6/2014
Sambungan kisah di Floria juga ni sebenarnya.  Sedang dok ronda2 kat Floria tu.. kami didatangi sorang pemuda yang mempromosi harga tiket Cruise Tasik dengan potongan harga.  Tapi dah lupa pulak berapa harga yang ditawarkan.  Almaklum la dah lama sangat kan.  Tapi memang berbaloi lah sebab bila bandingkan memang lebih murah dari harga biasa.  Jadi kami pun tanpa ragu2 terus tempah 4 tiket untuk kami 4 beranak.


Masa ni kakak Dini takde balik & berada di asrama sebab bukan minggu balik.  Kesian juga kat kakak tak berpeluang merasa naik cruise ni.  Nak naik lagi sekali tak taulah pulak bila ada rezeki.  Takpelah kakak.. ada rezeki lain kali bolehlah kita naik lagi.  Kalau bukan ibu yang belanja... tunggu kakak kerja pulak nanti kakaklah belanja ibu dengan ayah... hehehe....



Setiap seorang penumpang diberikan air mineral percuma.  Duduk kat dalam cruise tu tak teruja sangat.  Tapi bahagian dalam tu selesalah sebab ada pendingin hawa.  Tapi bila pegi ke depan cruise dan naik di bahagian atas baru rasa seronok sebab open air gitu. Angin sepoi2 bahasa... satu pengalaman yang indah.  Kalau duduk kat dalam cruise tu bolehlah dengar pemandu pelancong terangkan serba sedikit sejarah Putrajaya & bangunan2 yang kita boleh nampak masa cruise belayar.  Seronok & anak2 pun happy dapat naik cruise ni.  


Teruskan layan gambar2 yang tak seberapa ni ye.  Dek keterujaan dapat naik cruise... tetiba je tuan tanah pandai berselfie dengan muka berpeluh & merah padam... kihkihkih... mau taknyer... setengah hari meronda dalam Floria tu.. mana tak berpeluh2.. haha...


Masa pelayaran pulang ke jeti, bertembong dengan cruise yang lain.  Sempat juga snap gambar...


Ok sekianlah dulu kisah di Putrajaya... 

Tuesday, November 24, 2015

Festival Bunga & Taman Putrajaya

Assalamualaikum & salam sejahtera...



22hb Jun 2014
Hari terakhir barulah kami berpeluang mengunjungi Festival Bunga & Taman Putrajaya atau lebih dikenali sebagai FLORIA.  Kalau ikutkan hati.. tiap2 tahun nak pegi ke Floria ni.  Tapi apakan daya... ada juga ketikanya tak berkesempatan nak ke sana.  Tapi alhamdulillah nampaknya tahun 2014 kami berkesempatan ke sana.
 

Bertempat di persisiran Presint 4 Putrajaya.. Floria 2014 berlansung pada 14 - 22hb Jun 2014. Setiap kali berkunjung ke sini hati berbunga2 umpama bunga2 yang berkembang mekar di segenap ceruk.  Pendek kata.. mata tak jemu memandang & kaki tak letih melangkah walaupun kawasan pameran agak luas.  Cuma yang tak tahan tekak ni je yang sentiasa kehausan.  Mujurlah senang nak dapatkan air minuman samada dari mesin atau dari gerai2 yang memang ada menjual bermacam2 jenis air dan makanan.




Tema Festival Bunga & Taman Putrajaya kali ini adalah Pesona Warna dengan mempamirkan bunga Begonia sebagai tema bunga pilihan pada tahun tersebut.




Oklah... dah tak tau nak tulis apa lagi... so layan jelah gambar2 seterusnya ye..


 Macam2 ada kat sini.. selain flora... fauna pun ada... layan anak2 nak main dengan arnab pulak..


Dah jemu main arnab... naik kuda padi pulak... 


Kesian kat kuda tu kena bawak budak montel tu.. kihkihkih..

Oklah itu saja gambar yang ada.. nanti sambung sikit lagi kisah waktu kami berada kat Putrajaya ni ye..

Jumpa lagi..



Friday, November 20, 2015

Family Gathering Sebelum Ramadhan

Assalamualaikum & salam sejahtera...

21/6/2014
Dah jadi acara tahunan kami, sepupu-sepupu yang ada kat Selangor ni akan buat family gathering & acara makan2 sampai larut malam yang tempatnya tak pernah berubah iaitu kat rumah my makcik Sujah.  Yelah.. hanya rumah makcik je yang duduk rumah ada laman.. rumah kitorang ni semua rumah atas kayangan.. hehehh..  Oleh kerana Ramadhan hanya tinggal seminggu je lagi masa tu, jadi kami memilih tarikh tersebut untuk gathering kami.  Buat malam minggu jadi bolehlah huha huha sampai larut malam... hihi.. Ikutkan masih ada sepupu yang tak dapat ikut serta sebab jarak yang jauh sikit dari PJ.. jadi hanya kami yang dekat2 ni jelah yang biasanya menjayakan acara menambah lemak di badan ni.. hihi...


Nak cerita sikitlah pasal menu kami malam tu selain buat BBQ. Makcik sediakan nasi putih, nasi lemak berlaukkan sambal ikan aye Terengganu style & sambal tumis, MaDiHaA pula buat krimpaf, apam & gulai asamrom ayam (request dari sepupu ku Marlida), Marlida pula bawak shepherd pie, kukis & ayam goreng, manakala sepupu ku Rubi bawak satay. Minuman pula semua tuan rumah yang sediakan. Ada air oren, teh O & juga cendol.  Memang meriahla makan makan makan & diet setahun ke laut jadinya. kikiki...




Alang2 ada banyak makanan.. makcik jemput jugalah jiran2 & kawan2 baiknya yang berdekatan.


Gambar kredit pada my cousin Naknie yang kebanyakan di ambil dari FB beliau.. hehehh.. MaDiHaA snap gambar sikit2 je.. sibuk layan makan je.. hihi..

Itu ajelah kisah gathering kami yang penuh gelak & tawa... acara macam ni boleh merapatkan lagi hubungan kekeluargaan.  InsyaAllah akan kami teruskan sampai bila2 jika diizinkanNYA.

Sekian dulu untuk kali ni..


Thursday, November 19, 2015

Musim Avocado & Mangga Kat Rumah Makcik Ku.....

Assalamualaikum & salam sejahtera....

8/6/2014
Masa ni ada kenduri kahwin anak jiran lama MaDiHaA masa duduk Kawasan Melayu PJ dulu.  Kenal baik dengan mak dia je... tp dengan anaknya yang kawin tu masa dok situ dia masih budak2 lagi.  Kejap betul masa berlalu... dah kawin dah dia... nampak sangatla kita ni dah menganjak ke era tua veteren... hehehe...

Majlis kenduri tu buat kat dewan Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz kat Jalan Templer PJ kira tak jauh la dari rumah dorang.  Senang buat majlis situ, tempatnya pun selesa... ada penyaman udara lagi.. idaklah tetamu berpeluh2 kalau buat kat open air. hehe....




Gambar pengantin takde.... ambik gambar kat tepi masjid je dekat dengan pokok bunga akar dani yang cantik tu lepas keluar dari dewan.  Lepas tu kami singgah rumah makcik yang duduk kat kawasan tu jugak.  Buat lawatan sambil2 possing dengan buah2 avocado & buah2 mangga kat rumah makcik... hehe...

Layan la gambar MaDiHaA dengan anak2 ni ye... Kengkadang tetiba lak rajin nak possing.  Ada masa takde mood nak bergambar pon.  Bukan apa... geram sangat tengok buah2 yang bergayut tu... hihi...


Okla.. jumpa lagi di lain siaran ye...

Wednesday, November 4, 2015

Hari Jadi Irfan...

Assalamualaikum....
 
30/5/2014
Masa tu hari Jumaat & waktu cuti sekolah, jadi anak2 MaDiHaA duduk rumah pengasuh semuanya.  Mama Irfan order kek choc moist & macam biasalah... deko bodo-bodo je yang mampu buat. kekeke... Selain tu.. MaDiHaA buatkan juga sikit apam polkadot.. sesekali sedekah.. hihi.. Alhamdulillah.. majlis berjalan lancar. Macam biasa pengasuh iaitu mak ani masak2 makanan & mama Irfan pun ada beli KFC untuk tambahan.  Meriah makan2 kat rumah mak petang tu.  Irfan ni anak campuran.. mak melayu ayah macam mamak2 sikit.  Memang hensem sangat Irfan ni.. masa tu mama Irfan sedang pregnant anak no. 2.  Sekarang ni dah bersalin dan semua pun masih duduk ngan mak ani lagi. Hanya anak2 MaDiHaA je dah tak duduk sana sejak awal tahun 2015 ni sejak MaDiHaA dah hantar Alin ke tadika yang lain yang sekali ada day care.  Tapi kami tetap berhubungan.  Mak ani memang pengasuh yang baik. Kami takkan lupakan segala jasa2 dia menjaga Haziq & Alin sejak dari umur 2 bulan lagi. Anak2 pun selalu je ajak pegi jalan umah mak aninya... Oklah.. jom layan gambar yang tak seberapa ni...

 Dah jadi kebiasaaan bila birthday anak2 asuhan mak ani... dorang akan sambut kat rumah maknya... 



Itu je kisah kali ni... moga jumpa lagi..
 

Tuesday, November 3, 2015

Kenduri Sambut Menantu Belah Pengantin Lelaki pulak....

Assalamualaikum....

11/5/2014
Sehari lepas majlis yasin kat rumah ma, pagi2 kami bertolak balik menghala ke KL sebab nak sertai majlis sambut menantu sepupu en. suami kat sebelah rumah pengantin lelaki pulak.  Rumah pengantin lelaki ataupun si Farid tu dekat dengan Kuala Pilah je... kira memang laluan kami nak balik KL tu kalau dari kampong MaDiHaA. Nak cari alamatnya pun senang sebab dekat dengan jalan besar.  Tapi dalam senang2 pun termasuk kampong lain jugak.. kekeke... almaklum kami takde GPS, Google maps atau waze... main agak2 je... Tapi alhamdulillah akhirnya jumpa juga walaupun agak terlewat dari rombongan yang lain iaitu mereka yang dari Raub.  Masa kami sampai tu keluarga dari Raub dah nak siap makan dah pun.  Mujur pengantin lelaki sangat peramah... bila nampak je kami baru sampai.. laju je heret kami pegi ke meja makan kat sebelah keluarga perempuan yang lain.  Jadi takdelah rasa segan sangat walaupun terlambat.. kekeke...

Oklah... layan gambar yang tak seberapa ni.. 
 Ikutkan ramai lagi keluarga dari belah pengantin perempuan yang lain... tapi ramai dah beransur ke homestay sebab ada yang beranak kecik dah tak tahan anak2 dah kepanasan.  Kaum bapa pun sama... dah tak lalu nak tunggu lama2 kat situ... boleh jugak menyembang2 sambil cucuh rokok.. kekeke...  Jadi tinggal yang dalam gambar tu je yang masih setia menunggu sebelum minta diri untuk pulang.



Tudung biru tu lah mak pengantin perempuan aka mak saudara en. suami yang kami panggil teh/makteh... Dalam gambar ramai2 tu.. hanya yang bertudung pelangi tu je bukan dari family.. jiran sekampong makteh kot tu. Yang muda mudi tu semua adik beradik pengantin perempuan... oklah tu je cerita kali ni...
 
Ok jumpa lain di lain siaran...

Monday, November 2, 2015

Majlis Bacaan Yasin di Kampong...

Assalamualaikum.....

10/5/2014
Kami balik kampong MaDiHaA sebab ma ada buat majlis bacaan yasin kat rumah ma.  Dalam gambar tu muka ku merah padam sebab bz masak2 & buat macam2 persiapan.  Kelam kabut bersiap sebelum tetamu datang.. haha.. Gambar makanan ada ambik tapi sayang semua gambar dalam hp MaDiHaA hilang masa hp rosak baru2 ni.  Aduiii.... apakan daya.   Yang tinggal hanya beberapa keping gambar yang en. suami snap guna hp dia ni je.  Takdelah kenangan menu yasin masa tu.  Yang masih dalam ingatan MaDiHaA masa yasin ni kami buat kuih tembosa, agar2 milo, pecal, tapai pulut, punch cocktail. Menu utama nasi impit, rendang & kuah lontong kari ma yang yummilicious.  Lain2 kuih dah lupa la pulak.... aduii... bila gambar takde semua pun lupa.  Gambar yang ada pun tak banyak... sedihhhh... huhu...



Ini je update untuk hari ni... esok2 sambung lagi..