Followers

Wednesday, December 9, 2015

Cerita Raya Yang Dah Basi... hihi..

Assalamualaikum & salam sejahtera...

28/7/2014 
Raya pertama
Haha.. tajuk tu terpaksa letak macam tu kali ni sebab malu la pulak nak letak 'Aidilfitri 2014' kihkihkih... Harap maklum sapa2 yang masuk blog familymamawandiha ni, tuan blog ni sebenarnya sedang berusaha untuk menghabiskan stok gambar2 & peristiwa hidupnya mengikut turutan.  Oleh kerana banyak sangat gambar & cerita yang terbengkalai tak sempat di'entry'kan, tertunda akibat fotopages (laman web tuan blog terdahulu) selalu sangat meragam, makanya tuan blog terpaksa membuka laman blog di sini.  Dan sekarang tuan blog sedang berusaha sedaya upaya untuk menghabiskan kesemua gambar2 yang ada dalam simpanannya.  Gambar dah ambik, sayang pula tak disimpan. Ini semua jadi kenangan masa depan.  Zaman sekarang, dah takde nak simpan gambar dalam album macam dulu2. Semua pakat simpan dalam FB, blog & sebagainya. Gambar pun ambik dengan handphone je. So jomlah layan! Gambar tak banyak pun.. tp ada kenangan di situ...


Tahun 2014 giliran beraya di kampong MaDiHaA.  Begitulah setiap tahun kami beraya mengikut giliran.  Memang dah meterai perjanjian macam ni sejak sebelum kahwin lagi.  Tak mau gaduh2 pasal bab balik raya.  Ikut je giliran beraya mana dulu... haha.. Sempatlah juga bergambar di pagi raya... tapi gambar tak banyak pun.  Anak2 pagi2 dah kecoh nak pegi beraya.  Sempat tangkap kejap anak2 dan ajak bergambar sebelum dorang beraya rumah jiran2. Gambar menu raya pun tak sempat nak snap satu persatu.  Agak sibuk melayan tetamu yang datang bertandang. Hanya sempat snap gambar berbuka terakhir kami masa kat kampong MaDiHaA.  Menu berbuka dengan lontong kari air tangan ma (my mum) permintaan MaDiHaA & anak2.  Menu utama pagi raya pulak nasi dagang & lemang. Balik raya kali ni MaDiHaA sempat siapkan 3 jenis kek untuk hidangan raya iaitu kek buah kukus, kek gula hangus & kek coklat moist.



Meriah pula raya kali ni sebab dapat jumpa ramai kawan2 sekolah. Ni semua disebabkan FB lah. Kalau tak kerana FB tak tau mana peginya kawan2.  Bila dah berjumpa semula di FB, maka silaturrahim bertaut kembali.  Terima kasihlah pada kawan2 sekolah yang sudi datang ke rumah mak MaDiHaA.  Seronok berborak & keluar cerita2 lama.  


Hari raya pertama kami tak sempat nak ziarah pusara arwah ayah. Sibuk sungguh melayan tetamu.  Kawan2 ma pun ramai yang datang. Jadi kami pegi raya kedua sebelum kami ke Johor Baharu melawat adik di tempat kerjanya kerana tak dapat cuti. Siap bawak makanan bagai & lemang jugak.  Happy dapat konvoi ramai2. Luangkan masa bersama2 semua family. Bukan selalu dapat macam tu kan..

Raya kedua


Oklah tu saja kisah raya 2014 kami yang dah basi.. tapi kenangan manis tu sentiasa segar dalam ingatan.. insyaAllah...

1 comment:

  1. Salam kenal kak..

    Takpe.. Hehe.. Tetibe rasa mood rayer dah dtg..

    ReplyDelete