Followers

Thursday, December 8, 2016

Operation Tonsil @ Tonsillectomy

Assalamualaikum semua...


Inilah sebabnya MaDiHaA belanja makan 1 family sedap sikit dalam entry sebelum ni sebab en. suami akan menjalani pembedahan tonsil pada 4hb Mac 2015. En. suami warded pada 3hb Mac & esoknya pembedahan dijalankan setelah beberapa kali tarikh pembedahan tertunda.


Sepatutnya bulan Ogos tahun 2014 dah operate, dah siap warded dah. Tapi belum ada rezeki sebab tiba2 ada kes kecemasan & tiada kekosongan katil ICU, maka pembedahan en. suami terpaksa ditunda. En. suami ada masalah OSA (Obstructive Sleep Apnea) dengan kata mudah faham gangguan pernafasan ketika tidur, jadi bila kena buat pembedahan ada 2 syarat yang wajib dipatuhi. Pertama wajib beli mesin CPAP (Continuous Positive Airway Pressure) di mana mesin ini wajib dibawa bersama semasa pembedahan dijalankan sebagai langkah siap sedia sekiranya berlaku kecemasan pada pesakit. Alhamdulillah mesin ini berjaya dimiliki hasil bantuan dari Zakat Selangor dengan harga RM7,800 sebuah pada tahun itu. Kalau harap nak beli sendiri memang tak mampulah nak beli dalam masa hanya beberapa bulan. 


Pas pelawat perlu dibawa setiap kali nak melawat en. suami. 
Kanak2 bawah 12 tahun tak dibenarkan masuk wad.

Syarat kedua pula, sebelum pembedahan dijalankan wajib ada satu katil di ICU untuk en. suami, in case kecemasan pesakit terus akan ditolak ke ICU selepas pembedahan. Itulah sebabnya jadual pembedahan asyik tertunda sebab banyak sangat halangannya. Bila mesin CPAP dah dibeli, dah warded masa bulan 8 tu, tak jadi pulak sebab katil ICU ada pesakit kecemasan lain masuk. Jadi terpaksa tunda lagi. Alhamdulillah, pada 4hb Mac warded lagi dan akhirnya pembedahan tonsil en. suami berjaya dijalankan. Dalam hati MaDiHaA ni Allah saja yang tau betapa risaunya semasa pembedahan tersebut. Menurut doktor pembedahan ni agak berisiko walaupun ia hanya pembedahan membuang tonsil kerana kes en. suami dengan kes pesakit biasa berkenaan masalah tonsil tak sama sebab en. suami ada masalah OSA tu. Pembedahan boleh dikatakan 50/50. Allahurobbi bimbang bukan kepalang. Nak setuju dengan tak setuju sama banyak, sebab kalau tak operate pun bahaya juga orang ada OSA ni pun ada kes boleh mati dalam tidor kerana tak cukup oksigen semasa tidor. Banyak sebenarnya prosidur yang perlu en. suami lalui sebelum pembedahan ni antaranya kena buat sleep study. Bila dah berakhir semua prosidur & dah tiba masa nak kena operation, dalam hati ni sentiasa berdoa moga Allah permudahkan segalanya untuk en. suami. Syukurlah segalanya selamat.


Sayu hati seorang isteri melihat suami terlantar di katil ICU sebegini. Waktu ini langsung tak boleh makan, hanya boleh minum sahaja.  Bila di wad pun doktor pesan suruh bagi makanan yang lembut2 & sejuk2 seperti jeli, aiskrim atau yogurt. Kasihan en. suami.. siksa tengok dia bila menelan. Maklumlah.. semua makanan terpaksa lalu di bahagian yang luka... tentulah sakit. Makan bubur pun sakit inikan pula nak makan makanan2 lain. Bila dah keluar wad MaDiHaA sediakan bubur yang diblender untuk suami. Memang tak boleh masuk makanan yang kasar langsung, boleh berdarah semula nanti. Pernah MaDiHaA masak bubur letak ikan bilis & dikisar bila suami makan berdarah tekak dia mungkin sebab ada ikan bilis yang tak betul2 halus masa kisar tu.  Selepas beberapa minggu barulah boleh makan bubur nasi yang kasar sikit, nestum atau oat.  Begitulah lebih kurang kisah yang masih MaDiHaA ingat. En. suami cakap jika perlu dibedah lagi.. memang dia serik dah.. hehe.. Memang takla kan sebab tonsil pun dah dibuang dua2... mana mungkin akan dibedah lagi. Begitulah nak nyatakan betapa dia serik dah nak lalui semuanya tu. Apa2pun.. syukur alhamdulillah sekarang ni kesihatan en. suami semakin baik, tidor dah tak berdengkur & dah takde gangguan pernafasan terhenti masa tidor. Syukur sangat2. 


No comments:

Post a Comment