Followers

Friday, March 31, 2017

Kenangan Alin di Tadika Sri Anakanda

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Sebelum mengakhiri kisah zaman tadika Alin di tadika Sri Anakanda ni, MaDiHaA nak selitkan juga beberapa gambar yang sempat MaDiHaA ambil dari FB tadika. Ini pun antara yang sempat di ambil. Apapun terima kasih pada cikgu yang rajin update aktiviti anak2 semasa di tadika tersebut.

Ini gambar semasa anak2 tadika nak dibawa mengikuti rombongan ke muzium coklat di Damansara. Lupa dah nama muzium tu. Ada gambar semasa di muzium yang dikongsi oleh Cikgu Syikin kat whatsapp ku (my kazen yg jd cikgu tadika sementara kat situ) tapi sayangnya gambarnya dah hilang dari simpanan akibat tumbdrive rosak. Hanya gambar ni je yang ada waktu mereka di dalam bas.


Ini pula gambar kenangan semasa hari sambutan hari raya Aidilfitri yang dibuat di sekolah. Seronok anak2 tadika dibenarkan memakai baju raya. Macam2 kuih muih terhidang. Cikgu dah khaskan anak2 dari kelas masing2 membawa jenis makanan yang berlainan. Waktu ini Alin kena bawa biskut raya. Gambarnya MaDiHaA ada kongsikan dalam entry yang lepas tapi MaDiHaA kongsikan sekali lagi di bawah.. hehehe.... 

Gambar siaran ulangan... hehehe...


Setiap hari Jumaat murid wajib pakai baju sukan kerana ada aktiviti luar yang dijalankan.



Waktu ni pula, anak2 tadika berada dalam bas untuk rombongan ke Kiz Sports & Gym.


Bergambar beramai2 di hadapan Kiz Sports & Gym. Bukan main seronok lagi Alin balik bercerita dengan ibu. Berseronoklah anak. Nanti dah masuk tahun 1 dah tiada lagi pengalaman sebegini.

Hanya setakat ini dulu untuk entry hari ini. Tuan blog terlalu sibuk dengan tugasan. Nanti ada kelapangan MaDiHaA update lagi ye entry2 tertunda yang masih menunggu giliran tu.

No comments:

Post a Comment