Followers

Friday, December 22, 2017

Muzium Di Raja

Assalamualaikum & salam sejahtera...


27/12/2015

Lepas melawat Muzium TUDM on the way balik ke PJ ternampak pulak Muzium Di Raja. Terus suami singgah padahal takde dalam perancangan pun nak pegi sini. Kebetulan masuk jalan tepi istana lama ni jadi teruslah suami singgah. Nampaknya rezeki melawat muzium jelah hari tu ye anak2. Tapi sebelum ni memang ada hasrat juga nak melawat kat sini. Tapi biasalah niat tanpa usaha memang takkan menjadi. Tapi kali ni menjadi pulak sebab kebetulan lalu & kebetulan memang takde hal nak kemana2. Kiranya hari tu memang free sangat2 jadi bolehlah melawat sekejap. Masuk ke sini dikenakan bayaran sebanyak RM5 bagi dewasa & RM3 bagi kanak2. Untuk pengetahuan, dalam istana tidak dibenarkan untuk ambil gambar. Jadi kita hanya boleh melihat sajalah. Pertama kali masuk istana memang terpukau dengan keindahan hiasan dalamannya. Semua ruang & barang hiasa cantik & besar ruangannya. Dah nama pun istana kan. Kalau nak tengok kenalah melawat sendiri. 

Dari pintu pagar masuk kita kena berjalan kaki ye.. jalannya agak mendaki sebab istana tu di atas bukit. Jadi kita exercise la sikit... hehe... Hajat di hati nak ambil gambar dekat pintu pagar istana.. kononnya bila balik nanti, bila bila balik terus lupa... hehe...




Sampai2 je duduk2 sekejap melepaskan lelah. Lepas tu terus daftar masuk ke istana. Lama juga nak habis pusing dalam istana yang indah tu. Bila dah habis pusing dalam bahagian istana... gerak ke balairong seri pula. Kat sini boleh ambil gambar. Jadi bolehlah kami posing2 kat sini.

Boleh je bergambar dekat dengan tempat raja bertahta... cuma tak boleh duduk je kat kerusi tu... 


Dekat sini kalau ada yang nak terkucil ke ada tandas yang sangat selesa disediakan berhadapan dengan balairong seri.  Waktu kami datang tu, ramai juga pelawat2 yang datang. Bermacam2 bangsa pun ada. 

Ok dah jom kita balik.... kita cari makan pulak...

Sekianlah saja untuk ini.. hingga jumpa di lain waktu...

No comments:

Post a Comment