Followers

Friday, December 7, 2018

Kenangan 2 Tahun Lalu... Birthday Ibu...

Assalamualaikum...


Bismillahirrohmanirrohim...
Lemau sungguh rasanya nak update blog sekarang ni. Gambar berderet2 dalam simpanan. Nak edit gambar sikit punya malas.  Yang pelik ambik gambar rajin bebenor, nak update blog yang lemau... sejenis penyakit barangkali.... hehe...
Sebenarnya disamping kemalasan tu, hakikatnya... masa pun kurang mengizinkan juga sebenarnya. Banyak sangat komitmen lain yang perlu diutamakan. Jadi yang wajib kita dahulukan, yang update2 blog ni... bila berkesempatan dan free baru boleh layan. Macam hari ni, rasa macam free pulak, so layan sementara ada mood nak update.

Sajalah nak cerita yang 2 tahun lepas adik no.3 Cikbi buat surprise sambut besday kakaknya bila kami balik kampung. Terima kasih Cikbi. Susah2 je siap tempah2 kek bagai. Sebenarnya jarang pun nak sambut2 birthday untuk diri sendiri ni. Dapat suami pula bukanla sejenis yang pandai nak surprise2. Sekadar makan2 kat luar gitu2 jelah. Kalau ada pun sesekali adalah dia belikan kek. Itupun bukan setiap tahun.. hehe.. Memang tak dibiasakan sejak dari budak2 lagi memang takde nak sambut2 sangat birthday ni. Malah untuk anak2 pun sama... simple celebration memadai. Kita bukan orang ada-ada pun.


Buat en. suami terima kasih sudi menjadi suami & teman yang baik untuk saya. Terima saya seadanya walaupun banyak sangat kekurangan dalam diri saya. Terima kasih sudi membimbing saya. Banyak yang dikongsi susah & senang bersama-sama. 


 Kepada ma tersayang, terima kasih melahirkan saya ke dunia ini. Membesarkan saya dengan penuh kasih dan sayang. Mendidik & menjaga saya hingga saya menjadi dewasa. Ilmu kehidupan dikongsi dan memberi peluang melalui pengalaman susah & senang menjalani kehidupan. Ia menjadi bekalan untuk melalui kehidupan apabila sudah menjadi isteri orang. Hidup ini bukan semua yang indah2 belaka. Kadang kala kita diuji dengan pelbagai ujian. Syukur segalanya mampu dilalui dan dihadapi dengan sabar dan redho.


 Inilah keluarga kecil kami. Adik no. 2 je takde masa ni sebab tak balik kampung. Kakak Dini pun takde sebab duduk di asrama.


Inilah dia Cikbi yang susah2 buat surprise untuk kaklongnya. Terima kasih Cikbi...


Dah 45 masa ni.... umur sekarang tambah lagi 2 tahun.... dah masuk veteren dah ni.. hehehe...


 Ini pula gambar masa kakak Dini balik cuti. Kakak & ayah share belanja makan sempena birthday ibu. Makan kat restoren kegemaran ibu. Terima kasih kakak & en. suami...


Add caption
 Yang depan tu sipi2 je gambarnya. Budak paling happy dapat makan kat luar. Biasalah dia.... hehehe..... So setakat ni je dulu update hari ni. Kot ada kerajinan nanti update lagi. Bila? Jangan tanya... hehe...

Friday, April 27, 2018

Pertunangan Daus & Dayah

Assalamualaikum dan salam sayang...


Hampir lupa tarikh kejadian. Tak silap dalam bulan April atau Mei 2016 gitulah adik bongsu en. suami melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihan hatinya.  Satu sekolah kekdahnya tapi berlainan batch. Sekampung tapi rumah jauh dan tunangannya ni keturunan Jawa yang berasal dari Selangor. Wahh... menantu mak nampaknya dari macam2 negeri. Perak ada, Negeri Sembilan, Terengganu, Pahang, Selangor lepas ni dari mana pulak agaknya ye... hehehe...


Ini hantaran dari pihak lelaki. 5 dulang ikut perjanjiannya.


Tak ingat dah berapa kereta yang pegi meminang. Kereta adik beradik saja dah 7 buah. Belum masuk sepupu2 lagi. Pendek kata, jenuh mencari parking nanti..


Macam biasa MaDiHaA dipertanggungjawap untuk buat sirih junjung. Hantaran yang lain biras MaDiHaA kat Kuantan yang siapkan sebab adik ipar yang bertunang ni duduk dekat Kuantan, so senang nak berurusan dengan biras MaDiHaA yang dok kat Kuantan tu. Beli barang kat sana & buat kat sana terus. Bawak yang dah siap gubah. Sirih junjung ni tak boleh buat awal... MaDiHaA sampai kampung baru buat paginya tu. 


Tukang bawak hantaran serah kat anak2 buah je sekarang ni. Ramai anak dara takyah susah2. Mak2 boleh jalan lenggang kangkung. Yang pegang hantaran tu semua cucu2 opah. Anak kakak ipar yang sulung 2 orang, anak adik ipar 2 orang, anak dara MaDiHaA sorang.

Bergambar lagi untuk kenangan...



Manis2 juga cucu2 opah ni rupanya ye... tapi macam2 saiz kekdahnya... yg gemuk ada, yang tinggi ada, yang kemetot pun ada... semua ikut baka mak masing2... hahaha......


Dah sampai rumah pihak perempuan... sesi dialog serah kat orang tua2 la... yang lain2 tukang dengar & tokok tambahla sikit2...



Orang tua2 dalam rumah sedang berbincang, anak2 dara sibuk berwefie kat anjung rumah....


 Mak2 pula tekun mendengar perbincangan dua pihak...


Inilah dia gadis pilihan hati En. Firdaus... Hidayah namanya.. cantik manis orangnya... bersopan santun pula tu... 


Mertua bergambar dengan bakal menantu. Kalau ikut perjanjian hantaran dari pihak lelaki 5 berbalas 7. Tapi nampaknya pihak perempuan dah bagi lebih tanpa pengetahuan kami sebabnya hantaran2 lain banyak disponsor oleh mak2 saudara katanya. Rezeki kamilah nampaknya kan.

Cincin di sarung ke jari manis tanda ikatan pertunangan telah rasmi terjalin...
InshaAllah moga kekal ke jinjang pelamin...


Bersalaman dengan bakal mertua...


Eh eh... ada juga yang nak ambik berkat.  InshaAllah... moga kak Dini pun berakhlak mulia sama macam moksu Dayah juga. Moksu Dayah pun sekolah sama kat sekolah kakak.. samalah juga dengan paksu Daus... Bukan nak puji, tapi memang baik akhlaknya... 
hormat pada mak & orang tua... Memang secocok sangat dorang berdua tu..


Dah selesai semua perbincangan.. tibalah masa menjamu selera.  Wahh.. macam tak percaya menu kegemaran MaDiHaA pun disajikan pada hari kejadian. Pecal ada, masak lemak umbut kelapa pun ada. Yeeeaaaa.... seronoknya lah.. rindu sangat dengan sayur umbut kelapa tu... Selain tu ada menu Jawa iaitu sambal tahun. Pertama kali MaDiHaA dapat rasa... sedap... ini untungnya bila kita bertandang kenduri yang tak sama sekampung dengan kita. Dapat rasa macam2 menu yang berlainan. Walaupun family Dayah ni tinggal sekampung tapi mereka masih mengekalkan menu asal usulnya iaitu menu Jawa. Antara lain ada juga menu pecal lele yang memang MaDiHaA tak pernah rasa sebelum ni.


Ini pinggan MaDiHaA. Blur pulak..maaf ye. Tapi memang puas hatilah jamuan untuk kami pihak lelaki. Semua kekenyangan. Nak balik pun siap bagi goodies bag lagi.

Terima kasih tuan rumah.




Friday, April 13, 2018

Hari Ulangtahun Alin 7 Tahun

Assalamualaikum dan salam sayang...



5hb Mac 2016 genap usia anak bongsu ibu 7 tahun. Cepat betul masa berlalu. Sekejap je dah masuk tahun 1 anak dara bongsu ibu ni. Macam biasa birthday anak2 takde buat sambutan luar biasa pun. Hanya biasa2 saja dengan hanya membeli kek & ajak kawan2 sepermainan datang makan kat rumah je. Kawannya pun bukan ramai. Hanya ada 3 orang kawan yang rapat. Sebabnya anak2 MaDiHaA ni bersekolah agak jauh dari rumah jadi memang tak ramai mengenali kawan2 lain selain anak2 jiran yang terdekat sahaja.


Kawan yang paling rapat, muka dorang dua beradik ni dah macam kembar. Abang muka sama, adik pun muka sama. Kalau berjalan sama2 mesti orang ingat kembar.. hehe..  Inilah kawan sepermainan anak2 MaDiHaA bila hujung minggu. Ada sorang lagi anak jiran depan rumah tapi waktu ni dia takde kat rumah, balik rumah opahnya.


Ibu tak berapa rajin nak memasak kali ni. Hanya goreng mee & sosej je. Lepas tu potong buah tembikai. Itu je rezeki untuk anak2.




Bergambar kenangan, nanti bila dah besar mesti gambar ni sangat bermakna.




Masa untuk potong kek & lepas tu bolehlah kita makan.. 




Ini adik dapat advance hadiah dari ayahnya. Birthday abang bulan satu, birthday adik bulan 3 so beli sekaliarung jelah. Abang dapat hadiah lambat sikit, tapi adik dapat hadiah awal. Kita oklah tu kan... janji dua2 dapat..





Bila dah buka hadiah masing2, taraaaaa.... adik & abang dapat hadiah jam tangan & adik dapat ektra hadiah minyak wangi. Semoga anak2 ibu jadi anak yang soleh & solehah & berjaya dunia & akhirat hendaknya.

Sekian untuk kali ni.... jumpa lagi di lain waktu.

Friday, March 2, 2018

Balik Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera..


Cuti tahun baru Cina 2016 kami sekeluarga sepakat balik Terengganu untuk melawat mak saudara yang kurang sihat. Agak lama juga MaDiHaA tak balik Terengganu memandangkan asyik bergilir2 balik kampung suami & kampung sendiri di Pahang. Tambah pula bila anak dah berada di asrama, nak travel ke tempat lain yang agak jauh tu agak terbatas sikit. Kena tunggu ada cuti yang agak panjang barulah boleh pegi. Kali ni alhamdulillah ada rezeki kami untuk konvoi ramai2 dengan ma & adik beradik lain. Bukan senang nak set masa bersama macam ni. 

Bila dah masuk ke negeri Terengganu terus rasa seronok sebab suasana perjalanan dengan pemandangan pantai menggamit memori masa kecik2 dulu.  Memang dari dulu MaDiHaA suka tengok pantai bila setiap kali balik kampung kami akan melalui jalan lama yang mana sesekali akan nampak suasana tepi pantai. Oleh kerana teruja sangat dengan pantai, kami pun sepakat untuk singgah mana2 warung untuk pekena keropok lekor. Sengaja cari warung tepi pantai. Tapi waktu tu angin kuat sungguh. Maklumla kan masa tu tahun baru Cina & memang musim tengkujung belum habis lagi. Sebelum masuk warung sibuk nak bergambar dulu... hehe..


Tadi dengan suami... adik kita pun nak bergambar dengan kita juga. Adik lagi romantik dari suami... kihkihkih...



Tengoklah ombak laut tu... bukan main tinggi lagi...


Habis terbang kain & tudung dibuatnya. Kalau nak tau.. walau kami berada jauh di daratan, terasa percikan air laut di muka kami.. punyalah kuat angin bertiup...




Gerun tengok laut bergelora kuat sangat... tak berani nak pegi dekat... so masing2 bergambar dari jauh jelah...



Adik bongsu dengan isterinya bergambar berlatar belakang jalan... orang lain semua bergambar latar belakang laut... hehe.. Ok dah jom jom... cukup2 la bergambar moh le kita pekena keropok lekor pulak... Tuan kedai pun dah boring tengok kita bergambar dari tadi tak habis2... hehe..



Order keropok lekor 3 pinggan... sekejap je licin. Sebabkan dah petang keropok lekor dah habis.. itu je yang ada. Jadi kami orderlah benda lain pulak untuk alas perut. Ada mee kari & mee sup.







Sambil makan sambil bergossip



Keropok lekor dah licin... nak order lagi keropok dah habis... huhu...



Moh la kita teruskan perjalanan...




Sambung bergambar lagi...




Abang sado driver kita hari tu...



Kami 4 beradik bergambar dengan ma tersayang... alhamdulillah ma masih sihat.. syukur ya Allah..



Family mamawandiha
Dah jom teruskan perjalanan...



Alhamdulillah dapat juga kami melawat mak saudara hari tu. Cekde dah tak boleh bangun masa ni. Tapi masih boleh bercakap & masih boleh melihat, cuma kurang jelas penglihatan & pendengaran katanya. Untuk pengetahuan keadaan Cekde sekarang ni agak kurang sihat. Dah tak lalu nak makan hampr seminggu lamanya. Badan pun dah semakin kurus. Pada hari MaDiHaA menulis blog ini ma dan adik sedang berada di Terengganu juga melawat mak saudara ni. Ma MaDiHaA memang kerap balik Tganu sebab dia memang rapat dengan adik beradiknya. Asal rasa rindu bila2 masa je dia akan balik. Lagipun perjalanan dari rumah ma ke Tganu hanya ambil masa lebih kurang 4 jam saja. Dulu2 ma masih boleh drive sendiri, tapi skarang ni ma dah tak larat nak drive...





Bergambar kenangan dengan cekde & ma.



Kami tidor semalaman di rumah cekde. Esoknya bersiap2 utk meneruskan perjalanan rumah saudara lain pula.  Sebelum tu wajiblah bergambar dulu ramai2 untuk kenang2an. Tapi cekde takde sama sebab tempat kami bergambar ni kat anjung rumah. Agak susah nak bawak cekde keluar dari biliknya. Hanya abang ipar ma je yang ada berbaju merah tu. Kami panggil dia ayohde. Abang ma yang pakai baju warna biru tu pun kurang sihat juga waktu tu. Demam. Untuk pengetahuan, pakcik MaDiHaA yang berbaju biru tu baru saja pergi meninggalkan kami pada awal tahun baru2 ni kerana kanser. Al-fatihah untuk pokteh.




Sekali lagi snap sebab jurufoto kami bertukar tangan. Tadi sepupu yang snap yang baju merah belah kanan tu, skrg en. suami pulak snap gambar. Gambar yang meninggalkan kenangan buat kami semua.


Jumpa lagi di lain waktu terima kasih kerana sudi singgah.

Tuesday, February 6, 2018

Wedding Mira & Asfar

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Tuan blog dah lupa bila tarikh kejadian majlis kenduri sepupu en. husband ni. Yang ingat ianya berlangsung pada bulan Januari 2016.  Itulah... siapa suruh perap gambar lama2. Bukan sikit punya lama.. tapi sampai pengantin dah beranak dah pun... hehehe... comel sangat baby pengantin ni tau.. apapun tahniah Mira & Asfar semoga dengan kelahiran puteri sulung menjadi asbab rumah tangga kalian bertambah2 bahagia & ceria hingga hujung nyawa. Sepupu en. husband tu pengantin perempuannya ye. Rasanya.. semua adik beradik dorang yang kawin semua dah masuk dalam blog MaDiHaA termasuk kakak sulungnya & kakak yang nombor dua dulu MaDiHaA pernah update di fotopages. Pengantin ni ada 8 orang adik beradik... boleh dikatakan tiap2 tahun ada majlis kenduri kahwin. Mujurlah family husband ni rakyat jelatanya ramai & kebanyakannya duduk dekat2 je. Semua kerja menjadi ringan bila keluarga sendiri yang menjadi tulang belakang majlis kenduri. Bila ada je majlis kenduri memang semua akan turun padang membantu. Bak kata pepatah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Jom kita layan gambar pengantin pula jom. Gambar tak banyak sangat sebab tuan blog kemalasan nak snap gambar... hehe...

 Pengantin dah sampai. Senyum dulu nak ambik gambar ni... hehe..



 Pengantin nak menuju ke rumah. Jalan nak ke rumah pengantin ni agak menjunam ye sebab menuruni bukit. Jadi memang kena hati2 siapa2 yang turun ke rumah tu... 



Selamat sudah bertakhta di atas pelamin.



 Sempat snap gambar en. husband kita yang sedang sibuk buat kerja. Yang paling handsome tulah suami kita... hahahaha... 
Inilah dia geng baju merah (Geng Salam Generasi) yang menjadi tulang belakang bila kaum keluarga buat kenduri. Dorang ni lah yang bertungkus lumus membuat kerja dari A sampai Z. Pendek kata kalau takde dorang ni memang susah la juga sebab nak harapkan orang kampung & jiran tetangga kebanyakannya sudah tua2 & yang muda2 pula ramai yang dah berhijrah. Kalau ada yang balik pun hanya datang waktu kenduri. Yang didendang kaum keluarga lelaki, kaum keluarga perempuan pula tak kurang hebatnya. Semua turun padang membuat kerja2 yang selayaknya. MaDiHaA sendiri macam biasala.. akan jadi tukang sibuk didapur bahagian deko2 makanan pengantin. Tukang masaknya serah kat orang lain. MaDiHaA lebih suka bahagian mendeko. hihihi...

Teringat masa keluarga MaDiHaA buat kenduri kahwin adik tahun lepas. Memang penat yang amat sebab tak ramai jiran tetangga datang membantu. Waktu itu lepas raya puasa, ramai yang ada hal keluarga. Bukan takde langsung yang datang menolong, tapi boleh bilang dengan jari tak sampai 10 orang yang datang membantu. Saudara mara pula kebanyakannya berada jauh & ramai pula yang tak dapat datang. Ada yang datang, tapi mereka sampai waktu hari kenduri.  Sampaikan kawan2 yang MaDiHaA jemput dah sampai tercari2 di mana MaDiHaA, MaDiHaA belum sempat mandi masih sibuk di dapur menyiapkan hidangan makan beradap. Waktu tu, hanya tidor 1 jam itupun selepas solat subuh sesudah menyiapkan pulut kuning 2 tingkat. Tidor 1 jam, bangun semula masak lauk pengantin berserta menggubah. Semua sendiri. Rasa jadi superwomen plak hari tu... macam boleh terbang.. padahal kepala tingtong tak cukup tidor... hahahaha...



 Geng Salam Generasi berbaju merah ni sentiasa glamour setiap kali kenduri. Sentiasa diajak bergambar... kesian geng mak2 tak di ajak bergambar... hahaha...



 Ok kita posing teleng ke kiri...



Teleng ke kanan pula ye... hahaha.. ikut jelah kerenah jurugambar...



 Ok.. tunjuk pengantin pulak... hehe...



 Yes.... it's good... semua majlis berjalan lancar & cuaca pun bagus hari tu...



Last sekali, selamat pengantin baru buat Mira & Asfar. Semoga kekal bahagia till jannah.. aamin..