Followers

Friday, January 26, 2018

Bas Free MBPJ

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Lupa tarikh kejadian. Tapi rasanya masa ni Alin masih tadika. Sebabnya MaDiHaA ingat pegi jemput dia kat sekolah tadika selepas habis waktu sekolah kemudian kami ke parking kereta berhampiran dengan stesen bas percuma ni. Waktu ni nak pegi hospital PPUM. Saja nak mencuba guna kenderaan awam. Lagipun bas free ni dah lama ada kat PJ ni tapi MaDiHaA tak pernah gunakan sekali pun. Teringin pula nak mencuba. Untung penduduk di PJ sebab disediakan bas free ni. Senang nak pegi kerja tak perlu fikir pasal duit tambang. Teringat zaman MaDiHaA muda2 dulu pegi kerja naik bas kena bayar. Waktu tu gaji pun tak seberapa, kena bayar tambang bas lagi, bayar makan lagi. Kenalah berjimat cermat waktu tu. 

Jom layan Alin posing. Ibu yang suruh dia pose sebab masa kami naik tu belum ada penumpang lain. Sebab MaDiHaA naik dari stesen bas yang pertama... 

Tambang percuma, WIFI pun percuma... Terima kasih MBPJ.


PJ City Bus ini sentiasa berlegar2 di sekitar Petaling Jaya.  Perkhidmatan bas percuma ini boleh dinaiki oleh semua penumpang tak kira warga negara Malaysia atau bukan warga negara.




Alin dipaksa jadi model ibu hari ni... hehehe...



Posing jangan tak posing... haha...



Dah masuk dalam bas... 



Kami penumpang pertama..



Keadaan dalam bas. Waktu ni dah ada penumpang lain yang masuk. 
Baguslah bas ni. Senang nak pegi ke mana2 sekitar PJ ni sebab banyak tempat dia pusing. Pemandu pun pun sangat friendly & membantu.  Lain kali bolehlah naik lagi kalau nak ke PPUM. Jimat tambang & jimat duit parking yang agak mahal di hospital tu. Kami rakyat marhaen sentiasa cuba untuk berjimat cermat selagi boleh.

Sekian dulu untuk kali ini...

Alin Tahun 1

Assalamualaikum & salam sejahtera..

4/1/2016
Anak ke tiga atau boleh dikatakan anak bongsu MaDiHaA telah memasuki sekolah rendah. Maka bermulalah episod baru bagi dia di tahun satu di sekolah yang sama dengan abangnya. Senang hantar sekolah setempat. Nak hantar sekolah sama dengan kakaknya dulu bimbang susah nak hantar & ambil sebab sekolah lain2 tempat. Jadi kita hantar satu sekolah jelah. Sekolah kakaknya dulu hanya ada murid perempuan saja. Cikgu pun semua perempuan. Sekolah abang Haziq & adik Alin sekarang campur murid lelaki & perempuan. Begitu juga dengan cikgu2nya. 

Kenangan adik Alin hari pertama sekolah takmau pakai tudung. Rambutnya yang asal panjang ibu dah potong pendek. Puas juga pujuk2 ayah nak potong rambut. hehehe...
Jam 5.30 pagi dah bangun untuk bersiap2 ke sekolah. Mata tu macam mengantuk je lagi.



Belum jumpa kawan lagi masa ni. Kawan satu tadika hanya ada beberapa orang je.  Tapi masa ni kelas berbeza. Masing2 ada yang memilih sekolah berlainan. Ikut pilihan ibubapa mereka lah kan. 

Ini semua murid yang ada di sekolah ni. Tak ramai sangat. Satu2 tahun hanya ada 3 kelas anggaran 40 orang murid dalam setiap kelas.

Hari ke dua sekolah nak pakai tudung pulak. Ibu ikut je... Janji nak pegi sekolah. Ibu tunggu hanya 2 hari je kat sekolah. Nak ajar adik macamana nak membeli di kantin dan nak ajar macamana nak tunggu transport lepas habis sekolah sebab abang Haziq dah masuk tahap 2 waktu habis sekolah berbeza. Kelas Alin habis dulu jadi ibu kenalah ajar adik betul2 sebab lepas ni adik dah tau kat mana nak tunggu transport & nak naik van yang mana satu untuk ke rumah transit. Hari ke 3 adik dah pandai berdikari. Alhamdulillah.


Selamat belajar adik. Belajar rajin2 semoga berjaya dunia & akhirat.